Monday, February 2, 2009

i love u atuk!


merenung wajah si tua yg rebah.. terlantar bagai jasad yg xlg mampu membawa badan.. bernyawa! tp sedikit pergerakan pun tidak mampu dilakukan.. rasa sayu dan simpati menyelubung gerbang hati.. namun tidak siapa mampu melakukan apa2.. yg terdaya hanya berdoa! itu yg telah kami sekeluarga lakukan.. 2 minggu sudah.. menjemput keluarga terdekat, membaca surah yasin dan doa selamat.. semata mata untuk membantu atukanda ku yg telantar sakit.. tidak lagi mampu barjalan atau pun dudok.. lebih 5 thn dia menanggung derita sendirian.. ntah sampai bila dia mampu bertahan.. mengenang masa lampau, datuk ku yang dahulu nya seorg polis yang gagah.. mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi.. tapi skarang, badan nya kurus bak batang lidi.. tulang rangka badan nya timbul setanding dengan kanak2 di africa.. bukan tidak makan! cuma badan yang sudah tidak mampu bertahan.. sebak ku lihat.. ku renung tepat2 ke 2 biji mata nya yang sering berlinangan air mata.. yang makin hari makin kecil.. yang kian lama, sudah tidak lg mengecam wajah anak dan cucu.. tetapi yang plg dikesali, si tua ini slalu melontar kan kata2 keji! bkan hanya kepada ahli keluarga, malah si tabib dan pembantunya juga turut terkena.. rasa malu sudah hilang.. si tua yang kini berusia 80thn bagai sudah kembali ke usia kanak2 nya.. pilu! dia sudah tidak lagi menunaikan solat mahupun puasa.. kerana badan nya tidak lg sebersih dan sesuci dulu.. keadaan memaksa.. dia mkn, tidur dan membuang air dikamar nya.. dengan bantuan seorng amah yang sudah dianggap keluarga.. tidak lagi dia berbau harum seperti dulu.. minyak kolon yang dipakainya dulu sudah tidak lagi kelihatan diruang penglihatan.. suasana mendung terlihat dari wajah datuk ku ini.. riak wajah nya kusam.. tidak bermaya.. sesungguh nya aku tidak mahu melihat dia teseksa.. aku berdoa kepada tuhan agar segera mengambil nya.. sudah lama dia menunggu.. dunia ini sudah tidak bermakna bagi nya.. berbekalkan amalan yang sudah dikumpulnya, aku rasa dia sedia.. adapun ini balasan yang Kau berikan kepada nya.. siksa dunia.. aku memohon kepada mu agar kau ringan kan bebannya ini.. sesungguhnya kami adalah hamba yang lemah dan tidak lari drp melakukan kesilapan dan dosa.. cukup la penderitaan yang ditempuhinya.. aku tidak sanggup lg melihatnya menderita.. seandanya dia tidak mampu pulih, Kau ambil la dia.. kami redha..

No comments:

Post a Comment